best css templates

Homestay.InderaMahkota.com
Syarat & Peraturan

Semua pelanggan adalah bersetuju dan tertakluk kepada semua syarat dan peraturan yang ditetapkan.

1

Undang-undang

Pelanggan tidak dibenarkan sama sekali untuk mengambil atau membawa masuk minuman keras, penyalahan penggunaan dadah dan melakukan perbuatan tidak bermoral di dalam Homestay Indera Mahkota. Sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang akan dilaporkan terus kepada pihak yang berkuasa untuk diambil tindakan terhadap pelanggan tanpa sebarang kompromi.

Pelanggan juga tidak dibenarkan untuk tidak membawa masuk barangan yang mudah terbakar dan merbahaya yang mana berkemungkinan boleh memudaratkan pelanggan lain dan jiran-jiran bersebelahan.

2

Keharmonian

Para pelanggan diharap tidak membuat bising semasa menginap di Homestay.InderaMahkota.com demi menjaga ketenangan jiran-jiran bersebelahan. Kawasan Homestay Indera Mahkota sangat tenang dan damai lebih-lebih lagi mulai jam 10 malam sehingga 8 pagi.

Kenderaan perlu diletakkan secara kemas ditempat yang ditetapkan tanpa mengganggu lalu lintas. Sila pandu dengan perlahan dan ikut had laju yang ditetapkan serta berhati-hati dengan anak-anak jiran yang mungkin bermain dijalanan.

3

Kebersihan

Tidak dibenarkan merokok di dalam Homestay Indera Mahkota. Buah durian tidak dibenarkan dibawa masuk kerana bau yang kuat sukar dihilangkan dan mungkin akan mengganggu pelanggan yang lain serta jiran-jiran bersebelahan.

Sampah basah atau berbau busuk seperti sisa makanan, lampin bayi dan sebagainya perlu dibuang ditong sampah yang tersedia di luar homestay Indera Mahkota.

4

Daftar masuk & keluar

Pendaftaran hanya boleh dibuat melalui laman web http://Homestay.InderaMahkota.com atau melalui telefon / whatsapp ke nombor +6012-3810072 (mas) & +6019-9799919 (amli) sahaja. 

Waktu biasa untuk daftar masuk Homestay Indera Mahkota adalah pada jam 3 petang dan daftar keluar adalah pada 12 tengah hari. Daftar masuk awal dan daftar keluar lewat adalah bergantung kepada tempahan Homestay Indera Mahkota dan dikenakan caj tambahan RM100.

Sekiranya ada sebarang pertukaran tarikh daftar masuk, pelanggan perlu memaklumkan lebih awal dan bergantung kepada kekosongan.

5

Pembayaran

Deposit tempahan RM100 perlu dijelaskan semasa membuat tempahan. Homestay Indera Mahkota hanya menerima pelanggan yang membayar deposit tempahan. Sebarang pembatalan perlu dimaklumkan sekurang-kurangnya 48jam sebelum tarikh daftar masuk dan deposit boleh dipulangkan.

Pembayaran penuh perlu dijelaskan semasa daftar masuk Homestay Indera Mahkota. Sekiranya pelanggan ingin menyambung tempoh penginapan, bayaran tambahan perlu dijelaskan terlebih dahulu.

6

Peralatan

Diharapkan para pelanggan dapat menggunakan segala peralatan di dalam Homestay Indera Mahkota dengan cermat. Sebarang kerosakan kepada peralatan perlu dilaporkan kepada pihak Homestay Indera Mahkota dan pelanggan perlu mengganti peralatan yang sama sekiranya kerosakan terjadi diatas kesilapan pelanggan sendiri. 

Sila pastikan tiada peralatan Homestay Indera Mahkota dibawa keluar dan sekiranya ada unsur kecurian, perkara ini akan dilaporkan terus kepada pihak yang berkuasa untuk diambil tindakan terhadap pelanggan tanpa sebarang kompromi.

7

Perabut

Pelanggan dinasihatkan agar tidak mengalih perabot untuk mengelakkan kerosakan terhadap perabot tersebut.

8

Keselamatan

Keselamatan barang-barang peribadi dan berharga adalah dibawah tanggung-jawab pelanggan sendiri. Pihak Homestay Indera Mahkota tidak bertanggung-jawab sekiranya terjadi sebarang kehilangan dan kemalangan semasa di homestay.

Sila pastikan homestay dikunci dengan kemas dan pagar ditutup kemas sebelum keluar.

9

Pembaziran

Sila tutup semua lampu, penghawa dingin, kipas & barang eletrik lain jika tidak digunakan. Mohon untuk tidak melakukan sebarang pembaziran elektrik dan air semasa di Homestay Indera Mahkota.

Kadar Harga Homestay.InderaMahkota.com

1 malam

RM 200 per malam
  • Pelanggan yang menginap hanya untuk 1 malam sahaja.

2-7 malam

RM 190 per malam
  • Pelanggan yang menginap untuk 2 hingga 7 malam.

  • *Peralatan asas untuk memasak boleh disediakan jika perlu. (RM200 per malam. Unit terhad)

lebih 7 malam

RM 180 per malam
  • Pelanggan yang menginap melebihi 7 malam.

  • *Peralatan asas untuk memasak boleh disediakan jika perlu (unit terhad).

  • **Homestay akan dikemas setiap minggu.

Alamat

No 18, Lorong IM 15/37
Taman Mahkota Permai
Bandar Indera Mahkota
25200 Kuantan
Pahang Darul Makmur 

Hubungi kami